Thursday, July 9, 2009

Sesuatu yang terhasil dari idea-idea kreatif






Sudah lama nampaknya blog aku ni senyap tanpa sebarang 'update'.Kononnya sibuk dengan persediaan majlis perkahwinan adik perempuan aku.Sebagai orang yang telah diberikan amanah olehnya bagi merealisasikan impian di hari perkahwinannya, aku pun memulakan persediaan sejak dari bulan Mac 2009.Alhamdulilahlah tak banyak yang perlu dibeli lagi kerana keluarga aku baru jugalah menerima 'orang baru' pada akhir tahun 2006.

Sudah tentu benda yang paling utama dalam majlis perkahwinan adalah bunga telur.Keluarga aku agak besar ahlinya, begitu juga dengan teman-teman. Jadi, memang sudah menjadi kebiasaannya bunga telur mesti banyak sebagai tanda mata. Seperti majlis kahwin yang lalu kami ada 5 jambangan bunga telur yang akan diletakkan di atas pelamin. Setelah diusha-usha di SSF, aku pun mengerahkan idea untuk membuat bunga telur yang sudah pasti warnanya mengikut tema.Permintaan bakal pengantin ialah konsep wedding mesti 'ala-ala English' - roses, pink, and white.Well, i will try my best.



Akhirnya aku telah berjaya membuat sebanyak 50 batang bunga telur untuk dibahagikan kepada 2 jambangan.Walaupun dinamakan bunga telur, tetapi aku suka mengimprovisasikan dengan menggantikan telur kepada coklat. Istimewanya di sini, coklat ini adalah kurma yang bersalutkan coklat dan telah dibeli di Mekah sewaktu kedua ibu bapa aku mengerjakan haji.Dua jambangan bunga telur lagi adalah hasil tangan adik perempuan aku, Azura.Bunga telurnya jugak digantikan dengan dodol, 'instead of' telur.Manakala jambangan yang kelima adalah 'potpouri'.


Di kampung aku telah cuba menghasilkan pelamin yang diimpikan oleh Yati - bakal pengantin.Warnanya sudah pasti 'pastel color' - warna putih dominasinya dan diikuti dgn campuran warna pink, hijau, dan beige. Dengan bantuan beberapa orang kampung, satu pentas telah dibuat, dan dihiasi dengan indahnya sambil aku dibantu oleh Pija, anak saudara suami ku.

Seminggu sebelum pelamin dibuat aku telah berusaha dengan kuat untuk menyiapkan barang-barang hantaran bagi kedua-dua belah pihak. Alhamdullilah dapat direalisasikan.Pengantin pun amat berpuas hati..Majlis pun selesai dan aku dapat melihat hasil tangan aku dipaparkan di sini.

Wednesday, July 8, 2009

Wedding Yati & Amran June 6, 2009



Wedding gifts for both sides


Chocolate from Mecca in a silver container from Bali.

Wedding gifts


Al Quran



Sorrini chocolate


Mangoesteen in silver box


Wedding favors with boiled eggs


Potpouri in jut box.





Wedding favors with dodol inside the silver eggs.




Pulut kuning for khatam ceremony


Cake in silver box from Bali
Related Posts with Thumbnails