Punyalah tak tau nya aku benda ni...sampaikan tak tau ape nak ditulis.Orang2 zaman sekarang ni popular betul dengan segala macam blog.Sampaikan ada yang kena tangkap2 pasal blog.Tapi aku ni nak tau apa ke benda alah ni.Create lah blog sendiri.Memang aku buta langsung tentang benda ni.
Barulah awal tahun 2008 diperkenalkan dengan Facebook.Apalagi macam orang ketagih aku dibuatnya.Untung hubby tak bising.Dah tu, member invite lak dgn travbuddy.Seronok gak.
Dalam Facebook lah aku jumpa cerita pasal blog ni.Ini yang nak cuba.Ada yang kata boleh buat duit kalau ada blog sendiri.Tu yang nak sangat.Manalah tau, tak payah lah sampai jadi jutawan, senang sikit sudahlah...INSYALLAH.
Aku memang suka buat bisnis.Impian nak punya web site sendiri tak pernah padam.Cuma tak tau nak mula cam mana.Kalau upah orang, katanya harga cecah ribu - ribu..Mana nak cekau duit tu.Jadi mana2 bloger yang terbaca blog aku ni dan yang dah kaya sangat tolonglah aku...
Minat aku dalam gubah - mengubah ni sudah ada sejak lama dulu.Punyalah seronok bila ada saudara mara yang mintak tolong untuk 'mereka cipta' hantaran sempena hari pertunangan atau pernikahan mereka.Apa lagi tunjuk pandailah aku...Seingat-ingat aku, hantaran yang mula aku gubah ialah pada tahun 1998, gubahan bapa saudara aku...Well. bila apa yang memuji tu, maksudnya okaylah tu... kira2 boleh bawak untung gak kalau dipertingkatkan lagi...
Bermula dari situlah aku pasang angan-angan.Apa salahnya minat boleh menghasilkan pendapatan bagi aku.Walaupun tidak selumayan mana, sekurang2nya kreativiti aku tak berkarat...Harap-harap dengan tercetusnya idea untuk mengadakan blog ini akan menzahirkan impian aku...Moga-moga esok akan menjanjikan kejayaan dan kesejahteraan bagi aku dan keluarga...AMIN....
Monday, April 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment